Wednesday, 5 October 2011

1 Sya'aban

ASSALAMUALAIKUM...


Esok masuk 1 Sya'aban dalam kalender hijrah
sebulan lagi utk kita semua bertemu bulan Ramadhan Al Mubarak
INSHAALLAH..BI IZNILLAH..
bagi aku sambutan Ramadhan dan berpuasa di Mesir 
sangat2 meriah berbanding di Malaysia
aku teruja dgn masyarakat Arab memuliakan Ramadhan
hatta sebiji kurma dpt membahagiakan hati seseorang
apa2 pun Malaysia tetap dihatiku..hehe
ok kawan2...
saya nak mengajak semua berpuasa dlm bulan Syaaban ni
cari pahala lebih =)




Dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, 
dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud),

 “Adalah Rasulullah saw berpuasa 
sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. 
Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. 
Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan 
melainkan (dalam bulan) Ramadan. 
Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak
 selain dari bulan Syaaban”

 (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).




Antara fadhilat lain dlm bulan Sya'aban adalah:



Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata,

 “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”.
 Nabi saw menjawab bermaksud, 
“Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. 
Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. 
Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”.

Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

so kwn2 kita sama2 perbanyakkan bersedekah
bagaimana cara terpulang pada kwn2 semua
tapi aku ada satu perkara nak kongsi
ini tabiat baik yg boley kita ikut
sedekahkan duit utk setiap masjid yg kita masuk
tabiat ni aku dengar dari kakak aku
abang ipar aku yg kedua yg amalkan...
simple,smart and istikhomah(sentiasa amalkan)
bagi kaum Adam amalan ni sgt sesuai utk korang
bakal zauj aku Ahlan wasahlan =)


Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. 
bahawa Nabi saw bersabda bermaksud,

“Jibril telah mendatangi aku dan berkata: 
Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. 
Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka 
seramai bilangan kambing Bani Kalb 
(merentasi satu tempat) selama sebulan. 
pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, 
pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim,
 penderhaka kepada kedua ibu bapa 
dan orang yang ketagih arak”

Bani Kalb adalah kabilah Arab yg terbesar @ yg memiliki 
bilangan kambing yg terbanyak.

Nauzubillahiminzalik...
semoga Allah SWT menjauhkan diri kita 
dari sifat2 berikut..





Bulan Sya'aban merupakan bulan kedua 
selepas Rejab yg penuh dgn keberkatan,
sebahagian ahli Hikmah menyatakan
bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan utk 
meminta ampun dari segala dosa.
Pada bulan Sya'aban adalah kesempatan utk
memperbaiki diri dari segala macam cela
dan pada bulan Ramadhan adalah masa utk
menerangkan hati dan jiwa.




Akhir kata,



Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik 
Ya Allah,
bantulah aku untuk mengingati,mensyukuri dan beribadah kepadaMu.
 Ameen ya rabbal alameen.

No comments:

Post a Comment