Thursday, 13 October 2011

Zikrayat

 Salam mahabbah semua

Jam menunjukkan hampir 1 pagi
mata x ngantuk lagi
mcm biasa aku online lewat malam
hari ini dalam sejarah 
selama aku di Mesir x pernah jalan sorang2 di Kaherah ni
hari ini aku berjaya ke Sabi'
walaupun takut giler naik trenco
buat2 berani
ambil gambar (konvo) dan jersi kawan aku
gambar x puas hati sbb 
background lain yg mintak lain yg arab buat
jersi pulak salah ejaan
sori ye yasir
dahla mahal tu..hehe

Alhamdulillah 
konvo 9 oktober 2011
hadiah istimewa buat diriku
semoga aku perolehi kejayaan dalam tasfiah
Ameen Ya Rabb

( Ijazah Sarjana Muda )

sepanjang di Kaherah adalah jugak tempat2 yg aku lawati
ikut rombongan dari Malaysia
antara tempat menarik
Giza (pyramid dan spinx)
Qal'ah Salahuddin Al Ayubi
Makam Imam Syafie
Makam Hassan Al Bana
Masjid 4 Mazhab
menaiki kapal di sungai Nil di waktu malam
semuanya menjadi kenangan dan banyak pengajaran yg aku dapat
kesan dari sejarah peninggalan
Nabi Musa dan Raja Firaun laknatullah
Salahuddin Al Ayubi, Imam Syafie,Hassan Al Bana
semoga dari apa yg aku ziarah ini
menjadi satu iktibar buat diriku
dan kekuatan meneruskan hidup dalam ketaatan.

ok selamat malam..zzzzZZzz


*Jangan hanya celik ilmu dunia, namun buta dengan ilmu agama.



Friday, 7 October 2011

cairo

Assalamualaikum..

aku sekarang di Cairo(Kaherah)
esok aku dan kawan2 raptai 
7 pagi dah kena pergi
malasnya
ikutkan aku tanak join konvo
demi kerana ibuanda terchinta 
aku sanggup still lagi di Mesir ni
arini seharian aku asyik menonton cerita..hehe
buruk perangaikan..
cerita yg aku tengok semua menyedihkan
tiada kaitan cintan cintun
cerita iktibar

tinggal lagi 7 hari aku terbang ke Malaysia
yahoooo!!!
seronok bangat=)
doakan semua dipermudahkan urusan
dan doakan kejayaan aku..

k take care semua
selamat berkonvo kwn2 semua
esok dan lusa..


Wednesday, 5 October 2011

aku hari semalam

Assalamualaikum..

apa khabar teman2 pembaca semua
semoga semua sihat dalam rahmat dan kasih sayangNYA
bagi aku ALHAMDULILLAH..
cuma baru ni kurang sihat sedikit
mungkin perubahan cuaca 
maklumlah EGYPT nak masuk musim sejuk=)
mujur aku dah nak pulang ke Malaysia
tadekla merasa kesejukan yg teramat sgt-sgt sejuk
x tahan beb (badan tiada lemak) :p

Hampir beberapa bulan aku tidak mengaktifkan blog Damia Aishah
 actually aku x rajin pun nak meng-postkan apa2 aktiviti harian aku
ikutkan aku ni memg banyak berckp
cuma x suka nak share pada org ramai
just mulut murai dgn teman akrab aku sahaja
if di Egypt ni siapa lagi
Siti Shakila aka mama yumna=)
dialah teman suka dan duka aku disini
 kau terlalu baik (memahami) dan istimewa buat aku
Syukran Jazilan ya habibti
harini kami jalan sama2 di San Stifano Mall Alexandria
seronok dia..zauj dtg dari Malaysia
kami ber 3 akan naik konvo 
teman aku ni paling seronok dpt berkonvo dgn zaujnya (Us.Adib b. Hassan)
huh..jeles aku..hoho

tanggal 3 oktober 2011 baru ni hari kelahiran aku
" semoga ALLAH panjangkan usiaku dlm keimanan
dilapangkan rezeki,menjadikan aku org yg tidak menyusahkan org
bertemu jodoh dgn lelaki yg baik
kekal di dunia hingga ke syurga sana..
aminnn..."
9 oktober ni jugak hari bersejarah buatku
aku dan teman2 akan konvo
menandakan aku tamat dlm study
semoga aku najah(lulus) dlm exam baru ni

Dalam bergembira ada sedikit kesedihan yg aku rasai
ntahla apa yg aku rasa sebenarnya
hati ni rasa sedih 
basuh pinggan mkn tgh hari tadi terpecah dgn tidak sengaja
apakah alamatnya???
maka mcm2 lah yg aku pikir benda x baik berlaku
" ya Allah jauhkan aku.keluargaku,teman-temanku 
dan org2 yg aku sayangi dari perkara yg x baik..."
tapi kenapa ye bila aku rasa x sedap hati dgn seseorang
pasti akan berlaku sesuatu yg x elok terhadap org tersebut
cth: 
if aku tahu seseorg tu buat sesuatu yg kurang baik
atau berkunjung ke suatu tempat yg kurang baik
(kurang baik) tu bagi aku ialah ALLAH TAK SUKA
aku akn DOA mintak ALLAH tunjukkan jln yg terbaik
atau berikan sedikit balasan sebagai peringatan
teruk tak aku..x baikkan doa mcm tu
tapi aku x bermaksud utk menzalimi seseorg
aku buat mcm tu sbb aku sayang dgn org tersebut
ampunkan aku ya ALLAH=(

ok..mata sudah mengantuk
esok mahu derap sekitar bandar Alexandria kali terakhir 
sebelum meninggalkan Egypt
aku mohon teman2 semua mendoakan aku dan kawan2 
yg ambil exam tasfiah najah kabir..
amin ya Rabbal A'lamin..

selamat malam teman di Egypt
selamat pagi teman di Malaysia
(*-*)

kahwin

Assalamualaikum...semua=)



satu perkara yg asik bermain dlm minda aku sekarang ni tentang KAHWIN... 
gatal nak kawen sudah..hohoho
normallahkan??? tanyalah  siapa2 pun..org gila pun nak kahwin
tapi dgn siapa,org yg macam mana,baikkah akhlaknya,
penyayangkah,ringan tulangkah bantu didapur ???
semua persoalan tu tiada siapa dpt jawab dgn tepat
hanya ALLAH SWT yg Maha Mengetahui.. 
cuma ada satu cara utk kita mendapat yg TERBAIK dlm hidup kita..
dgn BERDOA padaNYA
 الله سبحان وتعالى
selalu dan sentiasa..
INSHAALLAH DIA mendengar dan perkenan apa yg terbaik utk kita
Amin ya Rabbal 'Alamin 





Aku suka artikel ni
Aku baca  dari blog Us. Pahrol Mohd Juoi
kita nak kongsi ngn kawan2 semua..
layannnn.....

Pernahkah kita terasa tiba-tiba sahaja seolah-olah tidak mengenali pasangan kita? Mengapa dia menjadi “manusia lain”? Seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumahtangga sekian lama. Jika kita pernah mengalami perasaan itu, jangan terkejut. Ia adalah perkara biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa.
 Itu semua gara-gara warna sebenar (true colours) pasangan kita mula terserlah. Satu demi satu wataknya yang tersirat mula tersurat. Mengikut kajian pakar perkahwinan, hanya setelah usia lima tahun perkahwinan, barulah masing-masing (suami dan isteri) mengeluarkan semua sikap dan perangai mereka yang tersembunyi.
 Pernah kita baca di dada akhbar  bagaimana kelohan seorang isteri yang telah disimbah asid oleh suaminya. Katanya, “setelah tiga bulan berkahwin barulah saya sedar bahawa suami saya sebenarnya seorang yang panas baran.” Ironinya, mungkin pasangan itu telah bercinta (berpacaran) tiga tahun sebelum mereka berkahwin. Bayangkan, tiga tahun bercinta tanpa mengenal diri kekasih yang sebenar. Benarlah cinta itu buta.
 Cinta kerana nafsu memang buta. Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat dan betul. Selama tiga tahun bercinta mungkin yang kita ‘gunakan’ cuma nafsu dan emosi bukan fikiran dan hati. Al hasil, setelah tabir perkahwinan mula diangkat, tabir percintaan pun berlabuh. Realiti tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian.   
Masa bercinta, warna sebenar – true colours pasangan kita tidak akan ketara. Dia boleh bermuka-muka dan rela mengikut selera, minat dan jalan hidup kita. Dan kita juga rela mengikut segala kehwendaknya. Kita dan dia mabuk cinta! Namun semakin lama berumah-tangga, maka semakin ketara kelemahan dan kekurangan. Apakah dia umpama bulan yang dipuja dikejauhan oleh Sang sastrawan tetapi botak dan berlopak di mata seorang angkasawan?
 Pada tahap ini, ramai yang mula menyesali diri. Mengapa dia yang ku pilih? Tanpa sedar bahawa pada masa yang sama, dia juga mungkin berbisik mengapa kita yang dipilihnya? Inilah bibit-bibit yang boleh meruntuhkan sebuah rumahtanga. Yang nekad, rela berpatah arang lalu menempuh jalan penceraian. Yang penakut, menunggu dengan resah memendam perasaan… tanpa ada lagi keceriaan.
Manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Untuk kita mengenal manusia (termasuk pasangan kita) kita terpaksa mengenali perubahan itu. Ah, ini suatu yang sangat sukar. Masakan tidak, untuk mengenal hati sendiripun acapkali kita tidak mampu… inikan pula hati orang. Sukar diduga dan ditebak.
 Akibatnya, ramai orang yang berkahwin dengan orang yang ‘tidak dikenalinya’. Bukan rupa zahirnya tetapi wajah batinnya. Disangka permata, rupanya kaca. Cuaca rumah tangga mula berubah. Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Situasi inilah yang banyak berlaku dalam rumahtangga kini hingga menyebabkan (mengikut kajian) setiap lima belas minit berlaku satu penceraian!      
 Apakah cara mengenal manusia yang serba kompeks ini? Bagaimana menentukan dengan pasti bahawa pasangan yang bakal kita pilih itu baik orangnya? Ya, ada tiga cara:
 1. Jadi orang baik.
Maksudnya, kita sendiri cuba sedaya upaya menjadi orang yang baik, Insya-Allah kita akan dikurniakan orang yang baik sebagai pasangan hidup kita. Ini janji Allah. Menjadi orang yang baik perlu diutamakan berbanding ‘mencari’ orang yang baik. Ia lebih mudah kerana menjadi orang baik bermula dengan diri sendiri.
 Perlu diingat, janji mendapat pasangan yang baik bagi orang yang baik, bukan hanya berlaku pada awal perkahwinan. Mungkin pada awalnya pasangan orang yang baik itu belum begitu baik namun berkat didikannya, pergaulannya dan doanya maka pasangannya  itu berubah menjadi baik selepas mereka berkahwin.
 Jadi, jangan putus asa sekiranya pada awal perkahwinan kita lihat pasangan kita belum benar-benar baik seperti yang kita harapkan. Sebaliknya, teruskan usaha untuk menjadi orang yang baik sambil mendidik dan mendoakan pasangan kita itu. Ingat, setelah berkahwin dengan kita, pasangan kita itu adalah cerminan akhlak dan keperibadian kita. Siapa mereka sebelum berkahwin dengan kita kurang penting berbanding siapa mereka setelah berkahwin dengan kita. 
 Justeru, tidak kira siapa dia sebelum berkahwin dengan kita, tetapi sebagai suami atau isteri kita komited untuk merubah diri kita sendiri terlebih dahulu seiring usaha merubah dirinya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, kita perlu suka dengan apa yang kita dapat. Caranya, ialah dengan merubah diri kita terlebih dahulu, dan insya-Allah perubahan itu akan merubah pasangan kita ke arah yang sama.   
 2. Ikut pilihan orang baik.
Ada orang yang menyerahkan hak membuat pilihan kepada orang-orang yang dianggapnya sangat baik dalam hidup ini. Mereka meminta ibu-bapa, ustaz-ustaz, ulama-ulama atau sesiapa sahaja yang dianggap baik untuk memilih jodoh buat mereka. Mereka pasrah dan menyerah sahaja. Tetapi dengan satu keyakinan: Orang yang baik pasti akan memilih orang yang baik sebagai pasangannya.
 Ibu-bapa, para ulama dan orang yang baik-baik sekali-kali tidak akan menganiayai kita dengan memilih orang yang ‘jahat’ sebagai pasangan hidup kita. Kaedah ini telah dipraktikan oleh anak-anak muda zaman dahulu yakni ketika nilai-nilai agama belum dicabar oleh nilai Barat yang kononnya menyanjung hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.
 Pada pilihan orang yang baik, ada keberkatannya. Walaupun tidak ada cinta sebelum berkahwin, tetapi cinta selepas berkahwin jauh lebih suci dan indah. Cuba kita renungkan, betapa seringkali rumah tangga ibu-bapa yang berkahwin mengikut pilihan orang tuanya   lebih kekal dan harmoni berbanding rumah tangga anak-anaknya yang kononnya berkahwin atas dasar cinta.  
 Inilah kaedah yang dipraktikan oleh Zainab yang berkahwin dengan lelaki yang menjadi pilihan bapanya (Rasululllah saw). Zainab akur atas pilihan itu kerana yakin akan sifat kasih sayang, amanah dan kebijaksanaan ayahnya. Dia yakin hanya orang baik (Rasulullah saw) mampu mengenal orang baik dan memilih orang baik sebagai pasangan hidup anaknya.    
 Justeru, sekiranya kita terlalu sukar untuk mengenali seseorang secara tepat, maka serahkan sahaja tugas itu kepada orang yang lebih arif untuk mengenalnya. Jangan cuba membuat penilaian sendiri… Bermuzakarahlah dengan orang yang baik-baik dan dirikan solat istikharah – pinta petunjuk daripada Allah setelah pilihan itu diserahkan ke tangan kita. Tidak akan kecewa orang yang bermuzakarah dan beristikharah!
 3. Cintai Allah yang Maha Baik.
Kita tekad sahaja untuk mencintai Allah. Jangan pandang cinta manusia lagi. Buru cinta yang utama dan pertama (cinta Allah), insya-Allah cinta kedua, ketiga akan memburu kita. Apabila kita mencintai Allah, Allah akan mencintai kita dan bila Allah telah mencintai kita, semua orang yang mencintai Allah akan turut mencintai kita. Rasulullah saw telah bersabda:   
“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)
 Untuk mencintai Allah, kita wajib mencintai Rasulullah saw. Antara langkah-langkah menyintai Rasulullah saw itu adalah dengan banyak berselawat kepadanya, menegakkan sunahnya, menziarahi makamnya dan lain-lain lagi. Ini adalah ubat yang mujarab bagi isteri yang dikecewakan sumai atau suami yang dipinggirkan oleh isteri. Jangan menagih cinta makhluk sampai kita derita dan sakit hati dibuatnya. Merajuk pada yang kasih, merayu pada yang sudi… Siapa lagi yang terus kasih dan sudi mencintai kita ketika semuanya telah berpaling kecuali Allah?
 Ya, burulah cinta itu.Cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku, justeru tapak cinta itu di hati, bukan lagi di ‘body’. Biarlah cinta pasangan kita berubah (walaupun kita terus berdoa agar tidak begitu), tetapi kita tidak akan berubah daripada menyintai Allah.
 Yakinlah jika pasangan kita juga menyintai Allah, pasti dia dan kita akan disatukan-Nya semula. Jika tidak, relakanlah perpisahan itu. Jangan bersedih, kerana sesuatu yang tidak memanfaatkan pasti tidak boleh memudaratkan! 



Habis baca ni mesti korang jugak tak sabar2 nak nikahkan..hehe
apa2 pun doakan aku ni..
ok sayonara!!!

1 Sya'aban

ASSALAMUALAIKUM...


Esok masuk 1 Sya'aban dalam kalender hijrah
sebulan lagi utk kita semua bertemu bulan Ramadhan Al Mubarak
INSHAALLAH..BI IZNILLAH..
bagi aku sambutan Ramadhan dan berpuasa di Mesir 
sangat2 meriah berbanding di Malaysia
aku teruja dgn masyarakat Arab memuliakan Ramadhan
hatta sebiji kurma dpt membahagiakan hati seseorang
apa2 pun Malaysia tetap dihatiku..hehe
ok kawan2...
saya nak mengajak semua berpuasa dlm bulan Syaaban ni
cari pahala lebih =)




Dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, 
dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud),

 “Adalah Rasulullah saw berpuasa 
sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. 
Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. 
Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan 
melainkan (dalam bulan) Ramadan. 
Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak
 selain dari bulan Syaaban”

 (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).




Antara fadhilat lain dlm bulan Sya'aban adalah:



Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata,

 “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”.
 Nabi saw menjawab bermaksud, 
“Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. 
Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. 
Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”.

Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

so kwn2 kita sama2 perbanyakkan bersedekah
bagaimana cara terpulang pada kwn2 semua
tapi aku ada satu perkara nak kongsi
ini tabiat baik yg boley kita ikut
sedekahkan duit utk setiap masjid yg kita masuk
tabiat ni aku dengar dari kakak aku
abang ipar aku yg kedua yg amalkan...
simple,smart and istikhomah(sentiasa amalkan)
bagi kaum Adam amalan ni sgt sesuai utk korang
bakal zauj aku Ahlan wasahlan =)


Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. 
bahawa Nabi saw bersabda bermaksud,

“Jibril telah mendatangi aku dan berkata: 
Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. 
Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka 
seramai bilangan kambing Bani Kalb 
(merentasi satu tempat) selama sebulan. 
pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, 
pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim,
 penderhaka kepada kedua ibu bapa 
dan orang yang ketagih arak”

Bani Kalb adalah kabilah Arab yg terbesar @ yg memiliki 
bilangan kambing yg terbanyak.

Nauzubillahiminzalik...
semoga Allah SWT menjauhkan diri kita 
dari sifat2 berikut..





Bulan Sya'aban merupakan bulan kedua 
selepas Rejab yg penuh dgn keberkatan,
sebahagian ahli Hikmah menyatakan
bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan utk 
meminta ampun dari segala dosa.
Pada bulan Sya'aban adalah kesempatan utk
memperbaiki diri dari segala macam cela
dan pada bulan Ramadhan adalah masa utk
menerangkan hati dan jiwa.




Akhir kata,



Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik 
Ya Allah,
bantulah aku untuk mengingati,mensyukuri dan beribadah kepadaMu.
 Ameen ya rabbal alameen.

Allahu Yashfi

Assalamualaikum..
selamat malam..


ALHAMDULILLAH..
selepas 2 hari aku menahan sakit
 perut aku beransur sihat..
semua ni dgn izin ALLAH SWT..
mungkin ini adalah penghapus dosa2 ku
dan atas nasihat doktor2 pakar aku..
dr.shakila dan dr.suziani (doktor tak bertauliah) hehe..
Syukran Jazilan..semoga Allah membalas jasa doktor berdua =)

Erm,,,hari ni saja aku menghabiskan masa depan laptop..
(sbnrnya tiap2 hari aku ngadap laptop) hehe
tapi hari ni seharian duk ber SKYPE dgn family di Malaysia
macam2 cerita kami sembang..sambil video call dgn Arib,adik Umar dan Hariz
Esok sudah masuk 28 Jun 2011..tinggal 2 hari lagi masuknya bulan Julai..
dalam kalender Islam (Hijri) 25 Rejab 1432 H
4 hari lagi masuk 1 Sya'aban..
sekejap rasanya masa berlalu..
pejam celik pejam celik dah nak Ramadhan..
Aku di bumi Mesir menghitung hari untuk pulang ke Malaysia
Padahal ta'ayin tahun 4 tinggal beberapa minggu je lagi
Aku perlu mhafaz surah al Baqarah al Imran dan an Nisa' utk ta'yin
ya Anysah !!! Don't give up!!! Hifzan Jayyidan!!!
Tahun ini kamu pasti NAJAH dengan cemerlang..INSHAALLAH


Ok aku nak out..mata sudah mengantuk
Laila Sa'adah Lil Jami'an..
Ma'assalamah =)

ASTAGHFIRULLAH

Salam alaik..semua


Awat ntah petang2 ni rasa sedih je..
berasa hati ngn sape ntah..erm,,syaitan bijak nak mencucuk hati anak2 Adam A.S
ASTAGHFIRULLAH
zohor tadi aku ngn k.cik suziani pergi ke masjid Amru..
ada sedikit hagah pihak masjid bagi pada wafidat (org luar negara)
kadang2 dptlah ayam,ikan dan beras..ALHAMDULILLAH
cukuplah kami se-housemate makan utk 1 minggu..
Semalam aku bersama Nawal dan Afifah  melawat adik medic Aishah
di Hospital Dada Al Ma'murah..
semoga adik Aishah cepat sembuh dari penyakitnya...ceria je dia walaupun sakit..
erm,,,klu aku ditempatnya tataulah...
oklah..dah azan maghrib..
HAYYA ALA SOLAH...

ceria..ceria..senyum..senyum..=)